LOGO ANUGERAH PENDIDIK DUNIA

Logo ini direka dengan menggabungkan motif daripada pelbagai akar budaya yang melambangkan pertembungan harmoni budaya Melayu-Nusantara. Motif-motif ini mencerminkan nilai penting seperti daya tahan, pertumbuhan, perpaduan dan penghargaan terhadap alam semula jadi dan warisan. Matlamatnya adalah untuk memupuk kepelbagaian dan keterangkuman dalam setiap aspek pendidikan. Nilai-nilai tersebut diselaraskan dengan prinsip pendidikan dan mengiktiraf sumbangan para pendidik. Latar belakang biru nila melambangkan sfera pendidikan, manakala fon emas dan tulisan mewakili pengiktirafan berprestij untuk pendidik. Logo ini turut mencerminkan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan kebanggaan terhadap tradisi dan penerimaan kepelbagaian dalam mengejar kecemerlangan pendidikan. Dua motif logo ini ialah:

(a) “Bunga Bintang Pecah Lapan” – Simbol tradisi yang mencerminkan harmoni dan kesempurnaan.

(b) Bunga raya – Setiap kelopak mempunyai keindahannya yang tersendiri, menghasilkan reka bentuk yang bermakna dan menarik perhatian serta mencerminkan inti pati anugerah.

(c) Motto – Refleksi kepada nilai-nilai MADANI.

Kemas kini Terakhir 27.2.2024
Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas dengan resolusi skrin 1920 x 1080
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian