Untuk memohon Anugerah Transformasi Institusi Pendidikan (TEI), sila lengkapkan borang pencalonan di bawah :

Kriteria Pencalonan

  • Transformasi institusi pendidikan memerlukan satu set kualiti dan ciri yang menyumbang kepada perubahan institusi pendidikan menjadi institusi pembelajaran yang dinamik, inklusif dan berpandangan jauh bagi menyediakan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang pesat berkembang.
  • Institusi pendidikan yang bersifat transformasi merangkumi set kualiti holistik yang mendorong kepada perubahan dan inovasi positif. Institusi ini menetapkan hala tuju yang jelas untuk masa hadapan di samping mengamalkan budaya inovasi dan kaedah teknologi baharu bagi meningkatkan proses pembelajaran pelajar melalui kepimpinan berwawasan.
  • Institusi pendidikan ini memberikan keutamaan kepada pendekatan berpusatkan pelajar, memupuk pembangunan holistik dan kejayaan akademik yang disokong oleh daya tahan, kemahiran menyelesaikan masalah serta komitmen terhadap kelestarian dan penjagaan alam sekitar. Kesemua kualiti ini bergabung untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik dan berkesan sekali gus mempersiapkan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah.
  • Prasekolah tempatan dan antarabangsa, sekolah rendah, sekolah menengah atau kolej yang berdaftar secara sah dengan Kementerian Pendidikan atau pihak berkuasa kawal selia kerajaan masing-masing adalah layak untuk memohon.

Hadiah

  • Geran Penyelidikan Bernilai USD5,000.
  • Piala Bunga Teratai.
  • Sijil.
  • Tiket penerbangan pergi balik untuk seorang bagi menghadiri Acara GEA.
  • Penginapan untuk Acara GEA.

Proses Pencalonan

  • Anugerah ini terbuka kepada semua warganegara.
  • Penyerahan permohonan boleh dilakukan melalui pencalonan sendiri atau orang lain.
  • Semua pemohon dikehendaki melengkapkan pendaftaran dan mengemukakan permohonan mereka www.gea.upsi.edu.my.
  • Semua penyerahan permohonan perlu disertakan dengan:
    a) portfolio; dan
    b) video pendek (tidak melebihi 5 minit)
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan dijemput untuk menghadiri temu bual bersama panel hakim.
  • Semua pemohon mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam terma dan syarat.
  • Semua permohonan akan disemak mengikut satu set kriteria panel hakim anugerah.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh tutup. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan selepas tarikh tutup, permohonan itu dianggap tidak berjaya.
  • Keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Kemas kini Terakhir 6.1.2025
Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas dengan resolusi skrin 1920 x 1080
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian