Guru berprestasi tinggi Pusat Tingkatan Enam SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah, tercalon 16 Finalis Global Educator Award 2025
Alhamdulillah, syukur Ya Allah diberi peluang rezeki berada bersama-sama barisan finalis Global Educator Award 2025 yang bertaraf antarabangsa. Walaupun saya tidak berjaya memenangi kategori yang dicalonkan, dipilih menjadi di antara 16 finalis daripada 244 calon dari 57 buah negara ini memberi satu kepuasan dan kebanggaan kepada saya kerana dapat mewakili Pusat Tingkatan Enam SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah, PPD Kuala Muda Yan, JPN Kedah, negeri Kedah dan Malaysia untuk berdiri sama tinggi dengan wakil2 dari seluruh dunia.
Pengalaman manis 5 hari 4 malam di UPSI akan kekal di ingatan. Dilayan umpama VIP, tidak pernah terlintas di fikiran mendapat penghargaan dan pengiktirafan sebegini tinggi. Ribuan terima kasih kepada UPSI dan KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI kerana meraikan kami. Terima kasih juga kepada para LO dan urusetia majlis terutamanya Puan Sahara dan Dr. Mazura yang memberi layanan baik, ramah lagi mesra kepada kami.
Apa lagi yang dapat saya ungkapkan selain daripada perasaan sebak, terharu, gembira, bahagia dan bangga menjadi sebahagian daripada majlis berprestij ini. Semoga UPSI dan KPT dapat meneruskan lagi usaha murni ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai pendidik hebat di luar sana merasai pengalaman luar biasa berada di dalam program pengiktirafan sumbangan pendidik kepada masyarakat dan negara. Saya merasa amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan perintis menerima penghargaan tertinggi dalam hidup kami. Semoga usaha murni ini terus gah dah berjaya di masa hadapan. Salam kasih sayang daripada saya untuk semua yang terlibat.